Wujudkah Kebebasan Bersuara di Malaysia?


“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya” – pepatah Melayu

       Pepatah Melayu yang sudah sinonim dengan kehidupan seharian kita jelas menunjukkan bahawa penggunaan akal untuk berfikir secara mendalam dan secara lengkap dari setiap sudut dimensi adalah amat penting sebelum penggunaan lidah untuk memetik kata-kata yang mahu diluahkan.

             Hak bersuara itu hak setiap manusia tidak kira latar belakang, umur mahupun jantina. Semua berhak menyuarakan pendirian, pandangan dan perspektif masing-masing terhadap apa jua yang terlintas pada fikiran mereka.

      Dewasa ini, isu menuntut lebih luas ruang dalam kebebasan bersuara seakan-akan cendawa tumbuh selepas hujan kerana ia kini menjadi bualan hangat ramai pihak. Golongan muda seperti mahasiswa khususnya selalu menaikkan isu ini. Kesemuanya bertujuan menuntut agar suara mereka didengari dan dihargai.

    Kebebasan bersuara oleh setiap insan telah jelas termaktub dalam Perkara 19 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat iaitu satu pengisytiharan makluman ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948 bertempat di Palais de Chaillot, Paris.

      Selain itu, Hak bersuara juga diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa seperti Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR). Antara dokumen penting lain yang mengiktiraf hak bersuara ialah Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia (Perkara 10- sumber), dan Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Rakyat (Perkara 9- sumber).

            Kebebasan bersuara juga boleh dijumpai dalam dokumen-dokumen hak asasi manusia awal, seperti Magna Carta British (1215) dan Peristiharan Hak-hak Manusia (1789), dokumen penting Revolusi Perancis. Amalan sistem demokrasi secara asasnya menunjukkan setiap insan berhak bersuara kerana mereka berhak untuk memilih pemimpin mereka.

     Di Malaysia pula, kebebasan bersuara telah termaktub dalam Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan Artikel 10(1)(a) menyebut “setiap rakyat mempunyai hak dalam kebebasan bersuara dan menyuarakan pandangan”.

            Nah, sudah banyak organisasi besar termasuklah negara yang mengiktiraf kebebasan bersuara tetapi mengapa masih ramai yang masih rasa dirinya disekat daripada bersuara sehingga ada yang ke jalanan seakan-akan kebebasan bersuara sudah tidak wujud lagi. Benarkah isu yang sering dibangkitkan iaitu sudah tidak wujud kebebasan bersuara di Malaysia?

Di antara undang-undang yang ada kaitan dengan kawalan terhadap kebebasan bersuara di Malaysia termasuklah:

- Akta Hasutan 1948
- Akta Kefitnahan 1957 (Akta 286)
- Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
- Akta Rahsia Rasmi 1972
- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301)
- Akta Polis Lain-lain akata berkaitan (termasuk Kanun Keseksaan)

Mempersoal kekuatan sebenar Artikel 10 Perlembagaan 
           Seperti yang telah dinyatakan, hak setiap rakyat untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan telah jelas termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan tetapi ramai menyuarakan pandangan sepakat yang mengatakan kekuatan artikel ini adalah lemah kerana wujudnya banyak undang-undang lain di negara ini yang seakan-akan mengurangkan tahap kekuatan Artikel 10 tersebut.

            Misalnya Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 menyenaraikan syarat-syarat ketat untuk pihak yang ingin mengadakan sebuah perhimpunan aman tanpa senjata. Misalnya Seksyen 9 APA mewajibkan penganjur memberitahu Pegawai yang menjaga daerah polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan, dan Seksyen 4 APA yang menyenaraikan syarat-syarat penganjuran dan penyertai perhimpunan tersebut.

            Selain itu, kewujudan Akta Hasutan 1948 turut giat dipersoalkan oleh kebanyakan pihak. Antara yang hangat ialah isu kekuatan Akta Hasutan mengatasi kekuatan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Hal demikian adalah kerana sudah terdapat banyak rakyat yang ditahan dibawah akta ini kerana dianggap menghasut keharmonian penduduk dan juga kedaulatan negara sedangkan kebanyakannya cuma meluahkan perasaan mereka.

            Malah Seksyen 11 Akta Hasutan 1948 ini membenarkan penangkapan tanpa waran kepada sesiapa dengan munasabah yang disyaki telah atau cuba atau bersubahat dalam melakukan apa-apa kesalahan berkaitan dengan Akta tersebut.

          Beralih kepada Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984 yang memberi kuasa penuh kepada Menteri Dalam Negeri untuk menarik atau menggantungkan lesen penerbitan dan percetakan akhbar mana-mana syarikat penerbitan dan boleh melakukan perkara tersebut tanpa ada had masa pergantungan lesen.

            Kes ini boleh dirujuk kepada isu terbaru iaitu isu pergantungan lesen surat khabar mingguan The Heat selepas mereka menyiarkan artikel muka depan mengenai perbelanjaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap boros dan seterusnya menjatuhkan imej mereka.

        Keseluruhan isi artikel tersebut adalah mempersoalkan perbelanjaan perdana menteri dan isterinya sahaja dan bukannya membuat tuduhan, hasutan ataupun lontaran kata-kata kesat kepada mereka. Jelas dalam artikel tersebut hanyalah tentang persoalan dan bukan lontaran tuduhan kepada pasangan tersebut. Malah jika perkara yang disebut dalam artikel itu adalah dianggap fitnah, mengapa tidak syarikat tersebut diheret ke mahkamah untuk disaman tetapi sekadar menarik lesen mereka?


Apabila Kebebasan Bersuara Itu Disalahguna???

1)   Keretakan perkauman

Kekhilafan individu yang mementingkan diri tanpa mempersoalkan sensitiviti perkauman
menjadi punca keretakanperpaduan. Sayangnya, setelah hampir berdekad membina 
perpaduan,dek sikap sesetengah individu yang memainkanperasaan kaum lain sangat 
mendukacitakan.Contohnya, mempermainkan adat atau agama sesautu bangsa. Hal ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati sesuatu bangsa dan seterusnya mewujudkan sikap
prejudis antara satu sama lain.

2)  Pergaduhan atau peperangan

Kebebasan bersuara yang tidak rasional dan bersifat melulu boleh menyebabkan 
pergaduhan kaum. Hal ini jelas terbukti melalui peristiwa 13 Mei 1969 iaitu ketidakpuasan
kaum terhadap kaum lain di Malaysia. Perkataan berbau lucah dan tidak sopan jelas boleh 
membuat pergaduhan.


60,000 mati dalam penjara rejim Syria

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 60,000 orang menemui ajal dalam penjara-penjara kerajaan Syria sepanjang lima tahun lalu, sama ada diseksa mahupun akibat layanan persekitaran teruk termasuk kekurangan makanan, lapor sebuah badan pemantau pada Sabtu.

Ketua kumpulan pemantau hak asasi manusia Syria (Syrian Observatory for Human Rights), Rami Abdel Rahman, berkata pihaknya mencatatkan statistik itu daripada sumber-sumber rejim.



“Sejak Mac 2011, sekurang-kurangnya 60,000 orang hilang nyawa akibat diseksa atau disebabkan keadaan persekitaran yang dahsyat, terutamanya kekurangan ubat-ubatan atau makanan dalam pusat-pusat tahanan rejim,” kata Abdel Rahman kepadaAFP.


Menurutnya, jumlah kematian paling tinggi dicatatkan di penjara Saydnaya, selain pusat-pusat tahanan yang diselia pasukan elit tentera udara dan pasukan keselamatan Syria.

Ribuan tahanan ditempatkan di penjara Saydnaya yang di bawah kuasa tentera. Ia merupakan salah satu pusat tahanan terbesar negara itu yang terletak 30 kilometer di utara Damsyik.

Kumpulan hak asasi menuduh kerajaan Syria menggunakan amalan penyeksaan secara sistematik di pusat-pusat tahanannya.

Pendakwaan daripada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh kerajaan Syria melaksanakan polisi ‘hukuman bunuh’ di penjara-penjaranya.

Badan pemantau berpangkalan di Britain itu telah menyenaraikan sebanyak 14,456 nama, termasuk 110 kanak-kanak, yang maut dalam penjara-penjara rejim.

Menurut Abdel Rahman, angkatan kerajaan telah menahan sejumlah 500,000 orang sejak konflik Syria tercetus pada 2011.




Sementara sebahagian tahanan dibebaskan dan yang lain pula mati, status ribuan lagi tahanan tidak diketahui.

Kesimpulan:

Apa yang boleh disimpulkan disini, berlaku isu hak asasi manusia yang amat kritikal yang mana banyak kematian. Perkara ini sepatutnya dipantau oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya hak asasi masyarakat ini tidak terabai  kerana walaupun mereka merupakan tahanan tetapi hak-hak sebagai banduan juga harus dipelihara.



ISRAEL COLLATERAL MURDER

Dipetik daripada laman Facebook Harry Fear,seorang wartawan muda yg terkenal kerana sering membuat liputan menyeluruh tentang kezaliman ZIONIS di Gaza.

Beliau menceritakan tentang satu lagi pencabulan hak asasi manusia serta kekejaman yg dilakukan oleh tentera Israel di tanah Palestin yg dipaparkan dalam sebuah video.

Video yg ditayangkan dalam 2 bahagian itu ditangkap menggunakan telefon bimbit oleh salah seorang askar zionis di tempat kejadian.Ia memaparkan adegan menyayat hati dimana seorang wanita Palestin yg sedang mengangkat bendera putih telah ditembak dengan kejam oleh askar zionis tanpa belas kasihan serta kematian beliau disambut dengan sorakan gembira oleh mereka.

A:Zionis ini benar-benar telah kehilangan perikemanusiannya serta hidupnya seperti binatang.Akan tiba suatu hari nanti dimana umat Islam bersatu hati serta bangkit menentang kekejaman dan kezaliman insyaallah...


 
HAK ASASI MANUSIA Blog Design by Ipietoon