Piagam Madinah


Hak Asasi Manusia Dalam Piagam Madinah
   Perjuangan panjang masyarakat barat dalam menegakkan Hak Asasi Manusia yang ditandai dengan munculnya Magna Charta hingga Universal Declaration of Human Right, ternyata telah terlebih dahulu di dahului umat Islam, yaitu dengan adanya Piagam Madinah yang menjadi tonggak awal berdirinya Negara Islam di bawah panji Islam.
      Piagam Madinah, yang merupakan piagam tertulis pertama di dunia ini telah meletakkan dasar-dasar Hak Asasi Manusia yang berlandaskan Syari’at Islam. Pada awal pembukaan Piagam Madinah telah disebutkan bahwa semua manusia itu adalah umat yang satu, yang dilahirkan dari sumber yang sama, jadi tidak ada perbedaan antara seorang dengan orang lain dalam segala hal. Namun dalam islam ada satu hal yang membuat seorang dianggap lebih tinggi derajatnya dimata Allah, yaitu kadar imannya, jadi bukan dilihat dari warna kulit, suku, ras, Negara dan jenis kelaminnya, namun kadar iman seseorang itu yang membedakannya dengan orang lain. Selain adanya persaman hak diantara setiap manusia, Piagam Madinah juga mengakomodasi adanya kebebasan (yang dimaksud kebebasan disini adalah kebebasan yang masih dalam ruang lingkup syari’ah) yang berbeda dengan kebebasan yang terdapat dalam undang-undang lain pada masa sekarang ini, yang mengedepankan hawa nafsu manusia daripada ketentuan syari’at.
     Dalam masalah kebebasan ini, yang dengannya terjaminlah segala kemaslahatan manusia dari segala bentuk penindasan, ketakutan, dan perbudakan. Selain itu, kebebasan juga menjadikan manusia seperti apa yang dikehendaki Allah SWT, sebagai khalifah Allah di bumi ini dan hambanya sekaligus.
    Dari huraian diatas dapat diambil sebuah kesimpulan, bahawa Hak Asasi Manusia yang dimaksud oleh Piagam Madinah adalah Persamaan antara setiap individu manusia dalam segala segi kehidupan bermasyarakat, dan juga kebebasan manusia dalam beragama dan hormat-menghormati antar pemeluk agama, Hak-hak politik yang di tandai dengan adanya persamaan hak antara setiap manusia di muka hukum dan social politik.
 Asas Hak Asasi Manusia dalam Piagam Madinah
         Hikmah dari kemanusiaan yang ada dalam Islam adalah; Persaudaraan, Kebebasan dan Persamaan. Dan Islam, menyeru kepada ketiganya itu, menempatkannya dalam gambaran yang nyata, dan melindunginya dengan akidah dan syari’atnya dengan kuat, dengan tidak hanya mencantumkannya dalam hukum-hukumnya sebagai syair-syair, bahkan Islam telah menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari para umatnya.
      Ada dua asas yang sangat mendasar dalam Piagam Madinah, yang tidak terdapat di Negara manapun kecuali Negara yang didirikan dengan dasar agama, pertama, kebebasan beragama,kedua, adalah asas yang mendasari adanya pemikiran kemanusiaan dan persaudaraan, asas yang melindungi persamaan hak dan persamaan kewajiban atas segenap individu dari seluruh warga Negara.
    Pada hakikatnya Piagam Madinah itu mempunyai empat rumusan utama, yang merupakan inti dari keseluruhan pasal yang ada, iaitu;
a.   Persatuan umat Islam dari berbagai kabilah menjadi umat yang satu.
b.   Memupuk sikap toleransi dan tolong-menolong antara komuniti
      masyarakat yang baru.
c.  Terjaminnya kemanan dan ketentraman Negara, dengan diwajibkannya setiap individu untuk membela Negara.
d.  Adanya persamaan dan kebebasan bagi semua pemeluk agama, dalam kehidupan sehari-hari bersama masyarakat muslim.


Dari sini, dapat disimpulkan bahwa Hak Asasi Manusia yang terkandung dalam
Piagam Madinah adalah;
1.      Persamaan,
2.      Kebebasan beragama,
3.      Hak Ekonomi,
4.      Dan Hak hidup.


Sudah Tersongsang Jauh Bila Pejuang LGBT Dianggap Sebagai Heroin

                 

     Ini satu contoh yang jelas saya selitkan. Amat memalukan buat seorang mahasiswa Islam mengangkat seorang yang mendukung pluralisme, pembela kes murtad, penentang mahkamah syariah dan penganjur kebebasan seks sebagai seorang heroin.  

   Sudah terlupa siapa Ambiga? Atau sengaja mahu bersekutu dengan Ambiga semata semata untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sedia ada. Kita sebagai manusia perlulah berfikiran matang dan terbuka supaya segala tindakan yang kita lakukan adalah berteraskan kepada pembelaan agama dan bukan sebaliknya. Fikir-fikirla sebelum melakukan sesuatu supaya tidak menjejaskan agama kita terutamanya agama islam dan negara kita Malaysia.
            

Hak Asasi Manusia Perlu Hormati Kehendak Agama


SETIAP rakyat Malaysia mempunyai hak asasi sebagai manusia yang dilindungi undang-undang. Hak asasi ialah asas kepada kebebasan, keadilan dan keamanan dunia. Pengabaian hak asasi manusia akan mengakibatkan kemusnahan kepada alam dan penghuninya. 

Hak asasi atas nama manusia semata-mata berbeza dengan hak asasi atas nama manusia beragama Islam atau agama lain di dunia. Contohnya, setiap manusia mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan kepercayaan mengikut agama dianuti, tetapi kebebasan beragama ini tidak terpakai kepada ‘manusia yang beragama Islam’ kerana kepada setiap Muslim, menukar agama bukan hak tetapi satu kesalahan. 

Hakikat ini bukan menidakkan kesamarataan antara manusia tetapi kerana sifat hak asasi itu sendiri yang tertakluk kepada kebebasan beragama. Justeru, pengamalan hak asasi perlu mengikut garis panduan yang dibatasi kepercayaan dan justifikasi perbezaan hak dan tanggungjawab. Agama Islam menjamin hak setiap manusia. Hak asasi setiap Muslim tertunai apabila tanggungjawab terhadap Allah SWT dan Muslim lain turut ditunaikan. Tiada siapa yang layak menuntut hak sekiranya tidak mahu melangsaikan tanggungjawab.

Seorang rakyat contohnya, hanya layak mendapat hak sebagai warga negara apabila tanggungjawab terhadap pemerintah ditunaikan. Begitu juga pemimpin negara, ketua rumah tangga mahupun seorang abang kepada adik.

Sifat terpenting hak asasi seperti termaktub dalam deklarasi antarabangsa hak asasi manusia bersumberkan al-Quran dan Sunnah seperti ‘Universal Islamic Declaration of Human Rights 1981’ dan ‘Cairo Declaration of Human Rights in Islam 1990’ dan Barat seperti ‘Universal Declaration of Human Rights 1948’ adalah keterbatasan hak itu.

Kebebasan tanpa batas seperti yang sering dilaungkan apabila manusia menuntut hak individu sangat bercanggah dengan sifat hak asasi yang berasaskan kebebasan individu dan keadilan masyarakat. Memang benar hak asasi mempertahankan hak setiap individu, tetapi sekiranya hak individu menafikan hak masyarakat, hak individu harus diketepikan untuk menjamin keadilan yang lebih penting dan manfaat yang lebih besar.
Hari ini, ramai yang memahami hak asasi dalam konteks hak tanpa batasan. Sebab itu sekatan ke atas hak asasi individu yang bertujuan menjaga gangguan lebih besar dikatakan penafian hak asasi dan perlu ditentang.

Apabila mahkamah tidak membenarkan permohonan pertukaran agama Islam kepada agama lain contohnya, mahkamah dan sistem kehakiman dikatakan membelakangi Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak asasi serta kebebasan beragama, sedangkan hak itu tidak terpakai kepada penganut Islam.

Selain keterbatasan dalam hak individu, sifat hak asasi manusia dalam sesebuah negara juga tertakluk kepada kepercayaan agama, sosial, ekonomi dan budaya dalam negara itu. Sebab itu hak asasi dalam Deklarasi Antarabangsa bersifat umum, kerana ia bertujuan memberi peluang kepada negara di dunia merangka hak asasi dalam konteks setempat dengan syarat tidak bertentangan dengan objektif dan tujuan hak asasi manusia.

Apabila negara di Barat mengiktiraf hak untuk mengamalkan gaya hidup songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual, ia bukan bermaksud hak ini sebagai hak asasi manusia secara umum, tetapi hak asasi manusia yang bukan Islam di Barat.

Pengiktirafan itu sesuai dengan gaya hidup dan kepercayaan (bukan agama) di Barat bahawa perbezaan manusia tidak boleh diukur dengan perbezaan seksual. Di Barat, seseorang yang pembinaan sosialnya lebih terarah kepada sifat perempuan dan feminin akan diiktiraf sebagai perempuan walaupun sifat biologinya lelaki dan begitulah sebaliknya.

Justeru, di atas kepercayaan itu, mereka mengiktiraf hubungan atau perkahwinan sesama jenis dan hubungan tanpa batasan jenis seksual. Mereka menganggap beza setiap manusia ialah pada emosi serta pembinaan sosial yang menjadikan mereka feminin atau maskulin.

Dalam konteks negara Malaysia, hak untuk mengamalkan gaya hidup songsang bukan hak asasi manusia untuk rakyat Malaysia dan tidak pernah termaktub di dalam undang-undang.
Sebarang sokongan untuk menyedarkan masyarakat bahawa golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual patut diberi pengiktirafan tidak wajar dilakukan kerana ia bertentangan dengan kepercayaan agama dan budaya setempat.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf, ayat 80-81 bermaksud: “Dan Nabi Lut ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

Negara tidak akan menjadi mundur jika golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual tidak diberi pengiktirafan undang-undang mahupun sosial, bahkan ia meningkatkan imej dan identiti negara ini yang mempunyai wibawa yang berbeza dengan negara lain.

Pemikiran baru yang menyongsang identiti Malaysia ini mungkin mendapat sokongan landskap antarabangsa berstatus liberal serta ingin mengganggu gugat masyarakat Malaysia yang tidak memisahkan agama dalam cara hidup.

Perlu diingat, walaupun sebahagian besar kuasa Barat mengiktiraf kebebasan orientasi seksual dan identiti gender, terdapat pandangan lebih realistik di kalangan mereka yang menafikan pencabulan fitrah seksual manusia. Jangan pula kita yang lebih Barat daripada Barat! Ingat tu kita ada pegangan agama masing-masing!

Sumber: Bharian

KAJIAN KES-KES BERKAITAN HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA


Dengan memantau kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Malaysia, kita dapat mengkaji pendekatan kehakiman terhadap imbangan antara hak ramai dan hak individu.

(a) Dalam kes Tunjuk perasaan di lebuhraya Kesas pada November 2000, penganjur Parti Pembangkang (PR) telah merancang mengadakan perhimpunan yang dijangka akan dihadiri sehingga 100.000 orang di tanah persendirian dan bukannya di kawasan awam dan dengan demikian tidak memerlukan permit polis .Walau bagaimanapun sejak awal-awal lagi polis telah memaklumkan tanpa permit perhimpunan tersebut adalah haram ,walau bagaimanapun demonrasi oleh golongan penduduk tempatan menentang perhimpunan yang akan diadakan itu dibenarkan polis tanpa membuat permohonan atau mendapat permit polis . Sebelum perhimpunan itu diadakan polis telah merancang bagi menghalang dan menguasai sepenuhnya termasuk menghalang orang ramai daripada sampai ke tempat perhimpunan dengan mebuat sekatan jalanraya .Pada hari perhimpunan tersebut beratas-ratus kereta yang cuba masuk terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di lebuhraya Kesas dan terpaksa meletakan kereta mereka ditepi jalan pada hari tersebut polis telah menyenbur air dan gas pemedih masa mengunakan hos untuk menyuraikan orang ramai semasa mereka cuba bergerak .Seramai 122 orang telah ditangkap dan mereka yang cedera tidak diberikan rawatan sehingga keesokan harinya dan direman selama 5 hari . Menurut pemerhati mendapati berhubung kebebasan berhimpun pihak polis wajar memberi kebebasan berhimpun, ekoran daripada itu dalam laporan siasatan Kesas 2001 Suhakam telah membuat beberapa cadangan antaranya:

i) undang-undang berkaitan denganperhimpunan hendaklah dilaksanakan dengan saksama dan tiada diskriminasi ;
ii) Kaedah penyuraian orang ramai oleh PDRM perlu dikaji semula dan polis diminta mengawal diri semasa bertindak ;
iii) Orang ramai diberi masa secukupnya untuk bersurai dan bukanya dikejar dan atau dipukul dizalimi dan dilayan dengan tidak keperikemanusiaan dan rawatan perubatan perlu diberi segera .

(b) Dalam insiden yang lain pada feb 2004, seramai lebih kurang 60 orang termasuk wakil dari 46 NGO dalam parti politik telah berhimpun secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Polis Bukit aman untuk menghantar memorandum berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh polis hanya tiga orang wakil sahaja dibenarkan masuk dalam bangunan semasa menghantar memorandum tersebut sedangkan pihak penganjur telah meminta untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 orang untuk masuk bagi membincangkan isu -isu yang akan dibangkitkan. Pegawai polis tidak mengendahkan permintaan ini dan mengarahkan supaya mereka bersurai , tanpa didengari oleh kebanyakan mereka dalam masa 3 minit trak penyembur air telah menyembur air yang dicampur dengan bahan kimia kearah orang ramai, semasa peserta melarikan diri dan terjatuh seramai 17 orang telah ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin.

(c) Dalam satu kes yang lain, kes Hajjah Halimatussadiah, mahkamah memutuskan hak seorang kakitangan awam untuk memakai purdah adalah tertakhluk kepada perintah perkhidmatan awam. Dengan ini, hak ramai mengatasi hak individu seorang untuk memilih cara berpakaian demi alasan untuk mengekalkan disiplin di perkhidmatan awam.Menurut keputusan kes Susie Teoh dan kes Hajjah Halimatussadiah, adalah jelas terdapat kecenderungan untuk memberi tempat yang lebih utama kepada hak ramai daripada hak individu.

(d) Dalam kes Re Susie Teoh, Hakim Mahkamah Tinggi YA Abdul Malek, memutuskan bahawa seorang bapa tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Penjagaan Anak 1961 untuk memilih agama bagi anaknya. Anaknya mempunyai hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih agamanya sendiri. Ringkasnya, seseorang bukan Islam yang berumur di bawah umur 18 tahun boleh menentukan agamanya sendiri dan tidak tertakluk kepada kehendak penjaganya.Tetapi, keputusan ini dibalikkan di Mahkamah Agung. Di Mahkamah Agung telah diputuskan di bawah semua keadaan, demi kepentingan negara yang lebih utama (in the wider interests of the nation), seseorang minorit. tidak mempunyai hak automatik untuk menerima ajaran berkaitan sesuatu agama tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaganya. Dalam keputusan ini, kepentingan ramai mengatasi hak seorang kanak-kanak untuk memilih agamanya yang dijamin di bawah Perkara 11.



                                   

Peristiharan Hak Asasi Manusia Sejagat/The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)


Apakah itu UDHR?

Peristiharan Hak Asasi Manusia Sejagat  atau dikenali sebagai UDHR (Universal Declaration of Human Rights) adalah suatu dokumen yang menerangkan akan hak-hak asas dan kebebasan yang seharusnya dimiliki oleh setiap insan manusia sejak mereka dilahirkan. Perisytiharan yang mempunyai 30 Artikel ini mempromosikan rasa hormat kepada pelbagai hak-hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. UDHR telah diterimapakai dan diisytiharkan pada 10 Disember 1948 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Berikut merupakan 30 perkara yang terdapat di dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat:

Perkara 1. 
Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan. 

Perkara 2. 
Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, faham politik atau lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain. Seterusnya, tiada sebarang pembezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf politik atau bidang kuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau wilayah datangnya seseorang itu, sama ianya merdeka, beraùanah, tanpa pemerintahan sendiri atau berada di bawah apa-apa sekatan kedaulatan lainnya. 

Perkara 3. 
Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri.

Perkara 4. 
Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan dagangan hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua bentuknya. 

Perkara 5. 
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan. 

Perkara 6.
Setiap orang adalah berhak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang. 

Perkara 7. 
Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa apa-apa pembezaan kepada perlindungan yang samarata di sisi undang-undang. Semua orang adalah berhak kepada perlindungan yang samarata daripada sebarang pembazaan yang melanggar Perisytiharan ini dan daripada sebarang hasutan terhadap pembezaan sedemikian. 

Perkara 8. 
Setiap orang adalah berhak kepada pemulihan yang berkesan oleh tribunal-tribunal kebangsaan yang kompeten terhadap tindakan-tindakan yang melanggar hak-hak asasi yang diberikannya oleh perlembagaan atau oleh undang-undang. 

Perkara 9. 
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya. 

Perkara 10.
Setiap orang adalah berhak dengan samarata sepenuhnya kepada pembicaraan adil dan terbuka oleh suatu tribunal bebas dan saksama, dalam penetapan hakhak dan tanggungannya dan sebarang tuduhan jenayah terhadapnya. 

Perkara 11.
1. Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya. 
2. Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan suatu kesalahan kesiksaan, di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika kesalahan keseksaan itu dilakukan. 

Perkara 12.
Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi, keluarga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau percerobohan sedemikian. 

Perkara 13.
1. Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara. 
2. Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri,dan kembali semula ke negaranya.

 Perkara 14. 
1. Setiap orang berhak memohon dan menikmati perlindungan politik dalam negara lain daripada sebarang aniaya. 
2. Hak ini tidak boleh dituntut bagi pendakwaan yang benar-benar timbul daripada kesalahan bukan politik atau daripada tindakan yang bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Perkara 15. 
1. Setiap orang adalah berhak kepada suatu kewarganegaraan. 
2. Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya secara sewenangwenangnya atau dinafikan hak menukar kewarganegaraanya. 

 Perkara 16. 
1. Lelaki dan perempuan dewasa, tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan atau agama, berhak berkahwin dan menubuhkan keluarga. Mereka adalah berhak kepada hak-hak samarata berhubung dengan perkahwinan, dalam tempoh masa perkahwinan dan pada pembubarannya. 
2. Perkahwinan hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh pihak-pihak   yang bercadang untuk berkahwin. 
3. Keluarga adalah yunit kumpulan semulajadi dan asasi dalam masyarakat dan adalah berhak kepada perlindungan oleh masyarakat dan Negara. 

Perkara 17. 
1. Setiap orang berhak memiliki harta secara bersendirian serta secara berkongsi dengan orang lain. 
2. Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan harta-bendanya secara sewenangwenangnya. 

Perkara 18. 
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan menukar ugama atau kepercayaannya, dan kebebasan, samada secara bersendirian atau secara bersama-sama dengan orang-orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti agama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan. 

Perkara 19.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. 

Perkara 20. 
1. Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan. 
2. Tiada sesiapa pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan. 

Perkara 21.
1. Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas. 
2. Setiap orang adalah berhak kepada peluang samarata kepada perkhidmatan awam dalam negaranya. 
3. Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara sejagat dan samarata dan
hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian bebas yang ketara. 

Perkara 22.
Setiap orang, sebagai anggota masyarakat, adalah berhak kepada keselamatan sosial dans berhak menjadikan suatu kenyataan, melalui usaha negara dan kerjasama antara-bangsa dan menurut organisai dan sumber-sumber dalam negara masing-masing, hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang termesti bagi kemuliaannya dan perkembangan bebas keperibadiannya. 

Perkara 23. 
1. Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada pemilihan pekerjaannya secara bebas, kepada keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah baginya dan kepada perlindungan daripada pengangguran. 
2. Setiap orang, tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada penggajian yang sama bagi kerja yang sama. 
3. Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada pembayaran saraan yang adil dan berfaedah baginya yang mana mempastikan buat diri dan keluarganya suatu kehidupan sesuai dengan kemuliaan manusia, dan yang mana ditambah, jika pertu, oleh cara-cara perlindungan sosial yang lainnya. 
4. Setiap orang berhak menubuh dan menjadi ahli kesatuan sekerja bagi memperlindungi kepentingan-kepentingannya. 

Perkara 24 
Setiap orang adalah berhak kepada rihat dan masa lapang, termasuk batasan munasabah keatas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala. 

Perkara 25 
1. Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan sosial yang perlu, dan berhak kepada perlindungan ketika berlakunya pengangguran, kesakitan, ketidakupayaan, diperjandaan, keuzuran atau lain-lain kekurangan kehidupan dalam keadaan di luar kawalannya. 
2. Ibu dan anak adalah berhak kepada jagaan serta bantuan khas. Semua kanak-kanak, samada dilahirkan di dalam maupun di luar nikah, hendaklah menikmati perlindungan sosial yang sama. 

 Perkara 26. 
1. 1)Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang samarata kepada semua orang atas dasar kebolehan. 
2. Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia, lanya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan. 
3. Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak mereka. 

Perkara 27.
1. Setiap orang berhak secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.  
2. Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan kepentingankepentingan moral dan kebendaan hasil dari sebarang penghasilan sains, kesusasteraan atau kesenian yang mana ianya adalah penciptanya. 

Perkara 28. 
Setiap orang adalah berhak kepada suatu susunan sosial dan antarabangsa dalam mana hak-hak asasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini boleh dijadikan kenyataan sepenuhnya. 

Perkara 29. 
1. Setiap orang mempunyai kewajipan terhadap masyarakat hanya dalam mana perkembangan keperibadiannya secara bebas dan seluruhnya termungkin. 
2. Dalam mengamalkan hak-hak dan kebebasannya, setiap orang tertakluk hanya kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undangundang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik. 
3. Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Perkara 30. 
Tiada apa-apa jua dalam Perisytiharan ini boleh ditafsirkan sebagi sedia tersirat memberikan kepada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangen sebarang hak untuk melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini.


P/S: Namun begitu persoalan yang saya ingin timbulkan disini, cuba kita fikirkan adakah kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika syarikat menekankan akan hak asasi manusia ini?Jika ya, apakah mereka benar-benar mengamalkannya? Apakah isu2 peperangan sebelum ini sepertimana yang berlaku di Afghanistan itu menunjukkan bahawasanya mereka menepati isi kandungan UDHR itu sendiri? Ini adalah persoalan yang saya tinggalkan utk kita fikirkan bersama.Wallahualam.

Mukadimah, Lagu Hak Asasi Manusia..

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Lagu Assalamualaikum - Faizal Tahir


Lirik :


Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata

Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can't believe there are people like this
Can't believe we are living like this
  
Apa kita hanya terima sahaja?
Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum 
Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum 

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua

* Lagu ini telah membawa mesej kemanusiaan yang realistik, melihat kepada keadaan dunia sekarang. Selain itu, ia juga menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Video klips yang berlatar belakangkan situasi sebenar yang berlaku di Syria seperti di kem pelarian Yarmouk, dan kini Madaya membuatkan 'banyak hati yang menangis' melihat nasib mereka  di sana.
 
HAK ASASI MANUSIA Blog Design by Ipietoon