Ini satu contoh yang jelas saya selitkan. Amat memalukan buat seorang mahasiswa Islam mengangkat seorang yang mendukung pluralisme, pembela kes murtad, penentang mahkamah syariah dan penganjur kebebasan seks sebagai seorang heroin.
Sudah terlupa siapa Ambiga? Atau sengaja mahu bersekutu dengan Ambiga semata semata untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sedia ada. Kita sebagai manusia perlulah berfikiran matang dan terbuka supaya segala tindakan yang kita lakukan adalah berteraskan kepada pembelaan agama dan bukan sebaliknya. Fikir-fikirla sebelum melakukan sesuatu supaya tidak menjejaskan agama kita terutamanya agama islam dan negara kita Malaysia.

0 comments :
Post a Comment