Pembentukan kumpulan G25 oleh tokoh profesional Melayu telah diminta oleh Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mereka bertaubat kerana cadangan mereka yang ingin meminda atau memansuhkan antikhalwat boleh membawa kepada murtad. Tindakan G25 itu merupakan ancaman kepada umat islam dan bertentangan dengan perlembagaan.
Menurut Harussani, jika G25 berpendapat perbuatan khalwat adalah hak asasi manusia, hujah yang sama boleh digunakan untuk kesalahan lain seperti mencuri atau membunuh. Ditegaskan lagi, kumpulan ini bukan sahaja merosakkan agama, malah memecah-belahkan umat Islam. Perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka adalah membantu perkara-perkara yang membangunkan umat. Ini tidak terbawa-bawa sangat dengan budaya barat.
G25 telah menyatakan mereka mahu jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah termasuk hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam perlembagaan.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad berkata tindakan kumpulan tersebut mengangkat perjuangan hak privasi individu menggambarkan seolah-olah mereka membelakangkan hak yang lebih agung iaitu hak Tuhan. Dikatakan juga, kumpulan terbabit amat terpengaruh dengan liberal Barat dan bernostalgia kepada zaman penjajahan yang meminggirkan agama dan serta budaya tempatan.
Kesimpulan:
Secara keseluruhan, cadangan yang diusulkan oleh kumpulan G25 adalah merupakan sesuatu yang boleh menyebabkan kepada peningkatan kes-kes khalwat. Sebagai contoh, di mana hubungan khalwat sesama pasangan yang bukan mahram boleh berlaku secara berleluasa jika cadangan itu dimansuh dan boleh memberikan kesan negatif juga kepada negara. Kumpulan ini sepatutnya memikirkan kepada pembangunan umat atau masyarakat dan perspektif dari segi agama juga perlu dipandang tentang hukum halal dan haram dalam islam supaya hak asasi manusia dapat dipelihara mengikut kaedah yang betul.
0 comments :
Post a Comment